Tips Percutian Bersama Keluarga


Hai mommies..korang jalan mana cuti ni? =)

Yeayyy tak lama lagi cuti perayaan Tahun Baru Cina..mesti ibu-ibu dah plan macam-macam nak pegi jalan mana kan?

Umi belum plan lagi...kene tengok jadual encik suami dulu..busy bebenor..hehe

Oklah..selain persediaan baju..makanan dan permainan yang perlu ibu-ibu bawa..ada beberapa perkara perlu diambil berat jika ingin bercuti dan berjalan dengan anak-anak

Jom lerr umi kongsikan:

1. Takaful Perjalanan

Sediakan takaful perjalanan bagi anak dan setiap ahli keluarga sebelum mula bercuti. Ada pelbagai jenama takaful yang menawarkan polisi meliputi kemalangan, kematian, kehilangan bagasi, perbelanjaan perubatan dan sebagainya.

Dibawah adalah contoh pilihan takaful perjalanan untuk satu keluarga..apa lah sangat belanja RM50 lebih berbanding kerugian dan kemalangan yang kita tak tau bila-bila je akan menimpa keluarga kita.

Sediakan payung sebelum hujan. Sebut harga ni umi ambil dari website Etiqa Takaful


2. Nombor Telefon Penting

Bila sudah pasti lokasi percutian, dapatkan nombor telefon penting seperti hospital, klinik, dan balai polis terdekat. Jika ada kecemasan berlaku, nombor-nombor ini mungkin membantu.

Tapi sekarang ada internet..senang google aje..cuma kalau tempat yang pedalaman kalau tak ada internet bolehla simpan siap-siap nombor telefon tersebut.

3. Car Seat Bayi

Pastikan anak kecil duduk di dalam car seat sepanjang perjalanan dan ketatkan tali pinggang keledar pada car seat. Selain faktor keselamatan, si manja juga akan berasa lebih selesa berbanding duduk di riba kita..ibu pun tak sakit pinggang.

Di bawah adalah jenis-jenis car seat mengikut jenis umur si manja..pastikan ibu-ibu menyediakan car seat yang betul ya


4. Elak Lokasi Bahaya

Pastikan anda memilih lokasi percutian yang disahkan selamat. Misalnya kawasan yang bebas dari bencana alam seperti banjir, gempa bumi, tanah runtuh, wabak kencing tikus (sungai) dan sebagainya.

5. Kolam Renang

Untuk lokasi percutian di kolam renang atau di pantai, pastikan anak-anak dipantau walaupun mereka bermain di kolam khas atau laut cetek. Kejadian lemas boleh berlaku walaupun air cetek.

Sediakan pelampung untuk anak yang masih belum pandai berenang untuk keselamatan mereka.

Percutian umi kat melaka hari tu..bukan main dua orang ni..
dah masuk kolam mesti tak nak naik

6. Bawa Stroller/ Baby Carrier

Bila berjalan jauh mulalah si anak nak berdukung..ada yang meragam..nak tidur..kepenatan..

So masa ni baby carrier atau stroller sangat membantu. Kalau tidak sakit pinggang weh berdukung aje..

Untuk baby carrier, akan lebih merapatkan bonding antara parents dengan anak tu..anak akan lebih merasa selamat dan mudah tidur..tangan kita juga bebas untuk bergerak sambil mendukung dalam carrier tersebut.

Baby stroller wajib ada dalam boot kereta setiap masa..kadang-kadang 
berebut dua2 nak duduk dalam tu

7. Kit Kecemasan

Perubahan cuaca dan persekitaran di tempat orang kita tak dapat jangka. Jangan lupa bawa ubat-ubat penting untuk anak, plaster dan pembalut luka jika berlaku kemalangan kecil, dan tidak lupa balm Tasneem Naturel. Anak meragam, susah tidur, batuk selsema, kembung perut, cirit birit, ruam-ruam dan gatal...ni masalah yang selalu terjadi kat anak-anak kita kan? So ibu-ibu semua wajib bawa ya!


Baca sini untuk tahu lebih lanjut tentang Tasneem Naturel

Ok, itu saja 7 tips untuk kali ini. Semoga bermanfaat dan semoga percutian ibu-ibu sekeluarga dipermudahkan =)






Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Umrah Bersama Keluarga 2018

Tips Hantar Anak Ke Tadika/ Sekolah Untuk Pertama Kali

Sejadah Raudhah