Posts

Showing posts from March, 2022

Ajar Anak Mengenali Allah Dengan Bernasyid

Image
Fateh 8 tahun, merupakan anak Umi yang sulung. Kegemaran Fateh suka tengok video di aplikasi YouTube. Video yang banyak ditonton kebanyakkannya tentang siri animasi Minecraft, Lego, superhero dan sebagainya. Suatu hari, ketika balik dari sekolah, dia bercerita tentang apa yang dibelajar di sekolah tentang Sifat 20 Allah, muallimah (gurunya) ada memainkan video.   Fateh cuba menyanyikan lagu dari video yang ditonton tersebut, sebaik saja umi dengar umi dapat tangkap lagu dari mana yang Fateh maksudkan. Kami pun pasang YouTube dan tonton bersama-sama.   Selepas kerap kali memainkan video tersebut di dalam kereta dan dirumah, anak-anak umi yang lain pun dapat ikut menyanyikan lagu Sifat 20 dari kumpulan Nasyid Raihan.   MasyaAllah sekejap je anak-anak ni boleh hafal. Ada banyak lagi video nasyid seperti ini yang sangat bermanfaat.   Oh ya, sambil tonton video bersama anak-anak, jangan lupa untuk menerangkan maksud-maksud nama dan sifat Allah kepada mereka sedikit demi sedikit. Semoga terl