Posts

Showing posts from April, 2022

Memupuk Anak Suka Memberi

Image
  Salam 28 Ramadan!! ^_^ Sekejap je nak habis ramadan kan. Hari ni umi nak share aktiviti umi sekeluarga setiap kali ramadan. Umi pernah bekerja di sebuah NGO MyCARE selama 5 tahun. Antara aktiviti wajib masa umi kerja di NGO MyCARE adalah aktiviti mengedar sumbangan pada orang yang memerlukan hasil dari sumbangan orang ramai. Aktiviti ni umi cuba nak terapkan dalam keluarga umi, bila kita turun padang jumpa masyarakat dan mereka yang susah dari kita dan tengok rumah mereka, kehidupan mereka sedikit sebanyak kita dapat muhasabah dan setiasa bersyukur dengan rezeki dan nikmat yang Allah berikan.  Tahun ni umi bagi kurma, pes dari Tasneem Food dan makanan ringan lain. Umi print sticker ucapan selamat berpuasa dan tampalkan pada setiap bungkusan yang akan diedarkan. Biasanya weekend kami ada masa untuk mengedar sumbangan, kalau ada kawan-kawan anak yang datang rumah, kami ajak sekali edar makanan tersebut. Semoga aktiviti ini dapat memupuk semangat suka memberi dan bersedekah dikalangan

Nak Anak Berlumba Berbuat Baik?

Image
  Bila dah jadi parent ni mesti kita nak anak-anak dengar cakap kita kan? Bila suruh pun senang je ikut terus buat. Kalau tak dengar tu ya Allah geramnyaaa!! Nak tak umi share satu tips macam mana nak anak dengar cakap. Tapi cara ni berkesan untuk anak 5 tahun ke atas. Untuk anak 5 tahun ke bawah mungkin tak sesuai cara ni. Umi dan suami buat sistem reward untuk galakkan anak-anak buat baik. Boleh google je carta reward ni. Banyak design yang cantik. Atau pun boleh buat sendiri design kat Word, dan letak gambar comel-comel. Kat bawah ni antara contoh reward chart yang boleh dapat dari google. Baru-baru ni umi jumpa satu apps yang sangat menarik dan lebih islamik. Apps ni kita boleh rekod star dan goal untuk anak-anak capai supaya dia semangat untuk buat baik. Kalau anak-anak kene tolak reward (contoh ada buat adik menangis), star anak-anak akan ditolak. Sampai satu tahap dia kene istighfar beberapa kali. Apps ni juga akan remind anak-anak untuk sentiasa betulkan niat setiap kali buat b