Nak Anak Berlumba Berbuat Baik?

 

Bila dah jadi parent ni mesti kita nak anak-anak dengar cakap kita kan? Bila suruh pun senang je ikut terus buat. Kalau tak dengar tu ya Allah geramnyaaa!!

Nak tak umi share satu tips macam mana nak anak dengar cakap. Tapi cara ni berkesan untuk anak 5 tahun ke atas. Untuk anak 5 tahun ke bawah mungkin tak sesuai cara ni.

Umi dan suami buat sistem reward untuk galakkan anak-anak buat baik. Boleh google je carta reward ni. Banyak design yang cantik. Atau pun boleh buat sendiri design kat Word, dan letak gambar comel-comel. Kat bawah ni antara contoh reward chart yang boleh dapat dari google.



Baru-baru ni umi jumpa satu apps yang sangat menarik dan lebih islamik. Apps ni kita boleh rekod star dan goal untuk anak-anak capai supaya dia semangat untuk buat baik. Kalau anak-anak kene tolak reward (contoh ada buat adik menangis), star anak-anak akan ditolak. Sampai satu tahap dia kene istighfar beberapa kali.

Apps ni juga akan remind anak-anak untuk sentiasa betulkan niat setiap kali buat baik, bukan untuk reward semata-mata. Buat baik kerana Allah.




Nama apps ni Good Rizqi. Yuran masa umi bayar dulu RM90 seumur hidup. Ni yuran dua tahun dulu tak silap..hehe. Sekarang yuran RM130.

Bagi umi apps ni membantu sangat berbanding reward chart yg print manual. Sebab lebih mudah akses dari phone terus. Visual dalam apps ni pun menarik. Yang paling penting anak-anak berlumba nak buat baik MasyaAllah.

Kalau sesiapa nak daftar guna apps ni boleh ke link di bawah. Semoga bermanfaat :)

Sebenarnya perangai anak-anak ni refleksi pada diri kita ibu dan ayah. Masa ni la kita boleh muhasabah, macam mana hubungan kita dengan Allah. Bila dah masuk waktu solat, adakah kita terus bergegas tunaikan solat atau kita buat sambil lewa tak cuba pun buat solat awal waktu. Sentap sangat statement ni masa umi first time dengar. Jom Muhasabah dan Perbaiki Diri. Salam Ramadan :)

Comments

Popular posts from this blog

Tips Hantar Anak Ke Tadika/ Sekolah Untuk Pertama Kali

Kenangan Umrah Bersama Keluarga 2018

Kenapa Perlu Ada Hand Sanitizer?