Memupuk Anak Suka Memberi

 


Salam 28 Ramadan!! ^_^

Sekejap je nak habis ramadan kan. Hari ni umi nak share aktiviti umi sekeluarga setiap kali ramadan. Umi pernah bekerja di sebuah NGO MyCARE selama 5 tahun. Antara aktiviti wajib masa umi kerja di NGO MyCARE adalah aktiviti mengedar sumbangan pada orang yang memerlukan hasil dari sumbangan orang ramai.

Aktiviti ni umi cuba nak terapkan dalam keluarga umi, bila kita turun padang jumpa masyarakat dan mereka yang susah dari kita dan tengok rumah mereka, kehidupan mereka sedikit sebanyak kita dapat muhasabah dan setiasa bersyukur dengan rezeki dan nikmat yang Allah berikan. 


Tahun ni umi bagi kurma, pes dari Tasneem Food dan makanan ringan lain. Umi print sticker ucapan selamat berpuasa dan tampalkan pada setiap bungkusan yang akan diedarkan.

Biasanya weekend kami ada masa untuk mengedar sumbangan, kalau ada kawan-kawan anak yang datang rumah, kami ajak sekali edar makanan tersebut.

Semoga aktiviti ini dapat memupuk semangat suka memberi dan bersedekah dikalangan anak-anak.

Kat bawah ni antara gambar edaran yang kami dah buat. Semoga bermanfaat :)







Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Umrah Bersama Keluarga 2018

Tips Hantar Anak Ke Tadika/ Sekolah Untuk Pertama Kali

Sejadah Raudhah