Ajar Anak Mengenali Allah Dengan Bernasyid

Sifat 20 Allah Nasyid Bersama Anak


Fateh 8 tahun, merupakan anak Umi yang sulung. Kegemaran Fateh suka tengok video di aplikasi YouTube. Video yang banyak ditonton kebanyakkannya tentang siri animasi Minecraft, Lego, superhero dan sebagainya. Suatu hari, ketika balik dari sekolah, dia bercerita tentang apa yang dibelajar di sekolah tentang Sifat 20 Allah, muallimah (gurunya) ada memainkan video.

 

Fateh cuba menyanyikan lagu dari video yang ditonton tersebut, sebaik saja umi dengar umi dapat tangkap lagu dari mana yang Fateh maksudkan. Kami pun pasang YouTube dan tonton bersama-sama.

 

Selepas kerap kali memainkan video tersebut di dalam kereta dan dirumah, anak-anak umi yang lain pun dapat ikut menyanyikan lagu Sifat 20 dari kumpulan Nasyid Raihan.

 

MasyaAllah sekejap je anak-anak ni boleh hafal. Ada banyak lagi video nasyid seperti ini yang sangat bermanfaat.

 

Oh ya, sambil tonton video bersama anak-anak, jangan lupa untuk menerangkan maksud-maksud nama dan sifat Allah kepada mereka sedikit demi sedikit. Semoga terlahir anak yang cintakan Allah.  Jom kita mulakan


Ibnu Katsir mengatakan, “ Sesungguhnya orang yang takut kepada Allah dengan sebenar-benar rasa takut adalah ulama yang benar-benar mengenali-Nya, bahawa Dia Maha Agung, Maha Tahu, dan mempunyai sifat kesempurnaan, serta nama-nama yang indah. Setiap kali pengenalan itu lebih mantap dan pengetahuannya lebih sempurna, maka rasa takut  kepada-Nya akan lebih besar dan lebih banyak”. (Tafsir IbNu Katsir)

 

Jom bernasyid bersama anak-anak


https://www.youtube.com/watch?v=vJZMgu9Zvy8


Sumber: 35 tip didik anak gaya nabi; Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki

 

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Umrah Bersama Keluarga 2018

Tips Hantar Anak Ke Tadika/ Sekolah Untuk Pertama Kali

Sejadah Raudhah