Petua Hilangkan Batuk Pada Bayi dan Kanak-Kanak


Sakit batuk..selsema..dan demam sering berlaku pada anak-anak kita. Kerana metabolisma mereka masih belum kuat untuk mengelak jangkitan kuman dan virus. Biasanya apa yang ibu-ibu akan buat ya untuk hilangkan sakit anak? Selain bawa jumpa doktor dan bagi ubat?

Jom umi nak kongsikan sikit tips untuk bagi anak cepat sihat..moga bermanfaat =)

1. Rehat secukupnya



Ibu bapa perlu mengelakkan bawa anak keluar ke tempat-tempat sesak dan ramai orang kerana anak akan berasa terlalu letih dan melambatkan proses penyembuhan.

Selain itu, ianya juga akan menyebabkan virus tersebar kepada kanak-kanak lain.

2. Tepuk percussion

Tepuk ini bagi memudahkan pengeluaran kahak. Caranya dengan
menepuk bahagian badan (depan dan belakang) dengan menggunakan tapak tangan yang melengkung.

Image result for tepuk percussion


3. Mandi lemon


Letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam mandian anak. Bau, air dan kulit dari lemon dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus dan kahak bayi.

4. Urutan



Kajian menunjukkan bahawa urutan bayi mampu memberikan keselesaan kepada bayi. Bayi yang selalu diurut juga sangat mudah dijaga kerana jarang meragam.

Tahukah anda, di bahagian tapak kaki mengandungi banyak saluran darah yang bersambung dengan organ dalam badan?

Anak umi sekarang yang umur 2 tahun lebih masih suka diurut..ia juga dapat merapatkan bonding antara ibu dan anak


Image result for baby massage for flu


5. Sedut hingus



Ibu bapa boleh mengeluarkan hingus anak dengan cara menyedut hingus tersebut menggunakan alat penyedut hidung. Alat ini boleh didapati di farmasi dan klinik.

Umi guna penyedut hingus dari Pigeon..harga dalam RM20 masa tu..memang dapat sedut hingus anak..puas hati..tapi kadang-kadang kesian anak macam sakit je bila umi sedut tu..huhu


6. Jaga pemakanan



Makan-makanan yang boleh mengurangkan kahak dan selsema..elakkan makanan yang boleh menggalakkan lagi kahak dan selsema

Jika anak masih menyusu badan, kerapkan beri susu badan kerana susu badan adalah air yang terbaik untuk anak anda!


7. Guna CF Rub

Kalau rasa-rasa macam tak sempat nak pegi cari buah lemon dan buatkan mandian untuk anak..cara yang lebih mudah dan pantas, ibu boleh gunakan balm CF Rub daripada Tasneem Naturel.

Balm ini diekstrak daripada bahan semulajadi seperti kulit kayu putih, tea tree, lemon dan cypress bagi meredakan batuk dan selesema anak kecil.

CF Rub ada dalam 3 jenis:
1) Balm RM49 (tahan 3-4 bulan)
2) Body wash RM59 (tahan 3-4 bulan)
3) Roll On RM49 (tahan 1-2 bulan)


Yang penting jangan lupa doa pada Allah..kita cuma ikhtiar..Allah jua yg menyembuhkan anak2 kita ๐Ÿ˜Š

Semoga bermanfaat. Untuk tempahan balm CF Rub boleh klik link wasap ini wasap.my/60196492199

Follow FB Umi bigheartedummi



Comments

Popular posts from this blog

Tips Hantar Anak Ke Tadika/ Sekolah Untuk Pertama Kali

Kenangan Umrah Bersama Keluarga 2018

Kenapa Perlu Ada Hand Sanitizer?