Kenangan Umrah Bersama Keluarga 2018

Alhamdulillah pada November 2018 baru ni..umi dan keluarga 13 orang diberikan rezeki oleh Allah untuk ke Tanah Suci..

Kami menggunakan khidmat travel agent dari Persada Global Holidays..satu pax RM5980 all in..bilik 4 orang..jarak hotel di Mekah 50 Meter

Detail tentang Persada boleh ke website dia di sini https://www.persadaglobalholidays.com/

Group Umrah dengan Persada Global

Cuaca Di Sana

Alhamdulillah masa kami pegi tu baru nak mula musim sejuk...cuaca di Mekah tak panas..berangin je..matahari panas terik angin sedap2..macam di Malaysia cuma Malaysia panas-lembap

Di Madinah cuaca lebih sejuk..bilik tak pasang aircond pun menggigil..memang kene bawa sweater dan stokin untuk lelaki 1-2 pasang

Kebetulan tarikh kami berada di Mekah jatuh pada 12 Rabiulawal..tarikh kelahiran dan kewafatan nabi Muhammad..Allah terharu sangat bila cek2 kalendar sebelum pergi tu..baiknya Allah..cantik aturannya..

Baru Sampai..Maulidur Rasul di Bumi Haramain

Di Mekah manusia tak putus-putus..lagi-lagi sebab musim sejuk..memang selesa untuk buat ibadah..macam-macam jenis orang umi jumpa..perempuan paling obvious..ada yang tutup aurat tak sempurna..tapi diorang solat je..mungkin mazhab lain kot

Pahala solat dan buat amalan di Mekah akan digandakan 100,000 kali ganda..manakala di Madinah 1,000 kali ganda..jadi kami disana berlumba-lumba solat jemaah..solat sunat..bersedekah..berzikir dan tilawah Al-Quran 

Cabaran bila balik Malaysia macam mana nak istiqamah dengan amalan-amalan yang kita dah buat di sana..doakan umi ya..

Gambar-gambar disana:

Hari kedua di Mekah, selesai solat Zohor

Pagi di Madinah..Nak pegi ziarah..sejukkkk

Dua hari terakhir di Madinah, dapat jumpa group umrah opah..diorang guna Andalusia

Vision Board

Umi pernah buat vision board 4-5 tahun lepas dengan suami...ada gambar kaabah..umi tulis umrah dengan keluarga umur 30 tahun..masa buat tu umi gelak-gelak..sebab masa tu takde duit simpanan langsung..

Awal tahun 2018, parents umi ajak pegi umrah..diorang nak belanja kami sekeluarga..kebetulan umur umi tahun lepas 30 tahun..alhamdulillah siapa sangka rezeki Allah nak bagi pelbagai cara..

Ada yang dari hasil usaha sendiri..dan ada juga dari rezeki orang lain..semoga Allah rahmati ibu ayah umi dan berikan ganjaran syurga tertinggi..

Korang yang belum pernah pergi mesti teringin kan? Buat la vision board..mesti spesifik..doa dan minta pada Allah..Allah akan bagi pada masa yang paling sesuai..insyaAllah...

Ok sebelum berpisah umi nak share video umi sekeluarga di sana..selamat menonton!


Comments

Popular posts from this blog

Tips Hantar Anak Ke Tadika/ Sekolah Untuk Pertama Kali

Sejadah Raudhah